Kluster Influenza-Like-Illness (ILI) yang di kesan di beberapa sekolah berasrama baru-baru ini berada dalam keadaan terkawal.<br /><br />Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, langkah kawalan termasuk penutupan sekolah mahupun institusi pendidikan akan dilakukan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) selepas proses penilaian dan pemantauan dibuat.
